Sunday, May 27, 2012

love..

Allah.. i'm in love.

the past that always comes reminding
the future that i never knew the ending
the present which i foolishly spending

Allah.. i don't know him
i don't know the love i have for him
or the love he said to me
i don't know anything if You won't show
pls Allah.. pls guide us..


ya Allah..
please forgive us..
the love inside might not as You like..
Allah.. please bless us with Your rahmah and forgiveness..
don't make him slides to hell for the love to me he held.

Allah.. :(
i love him because of You, my Lord..
so please grant us with nikah..
grant us with yr forgiveness..
and great blessings..

Allah.. i'm in love..


Wednesday, March 14, 2012

Hingga Ke Akhirnya - Varianz Feat Izzat Mahadi

Salam alaik.

sedang leka menyusuri suapan berita di muka buku, terjumpa klip hasil perkongsian seorang ikhwah yang menarik perhatian. :) katanya, "bagi sesiap yang belum ketemuan, percayalah nyata ada Dia"

"good music, soothing soul"

Nyata aku ada Dia
Puas ku cari di sana
Masih belum terjumpa
Nyata aku ada Dia

Lama ku cari di sini
Mungkin akan berjumpa
Cinta jauh di mata
Bila detik bertemu erti sebuah harapan

Cinta jauh di mata
Hingga takdir menentu pasti akan bertemu
Nyata aku ada Dia
Bertenang mengundang cinta

Bukti aku ada Dia
Di sana di sini ada
Peneman, akrab, jaga, lena, alpa, leka

Cinta jauh di mata
Bila detik bertemu erti sebuah harapan

Cinta jauh di mata
Hingga takdir menentu pasti akan bertemu

Cinta jauh di mata
Kasih sedikit tidak kurang
Dan menghilang

Cinta jauh di mata
Sayang makin bertambah mekar
Hingga akhirnya

lirik amek kat http://liriklagumelayu.net/lirik-lagu-hingga-ke-akhirnya-varianz-feat-izzat-mahadi/

Wednesday, March 7, 2012

hati nan tiada terang

salam alaik
kasihnya Illahi tiada bertepi.. [credit to AA]

yang bagaimana harus ada dalam hati?

ketika aku kecil, aku selalu iri.
diriku yang sering diketepi,
pada adik yang diutamakan dan menyakiti hati,
pada ibu yang terpaksa pergi keluar menyara diri,
pada bapa yang hilang saban hari,
pada diri yang selalu sendiri.

ketika aku mulai remaja,
hati selalu rasa derita.
berkcil hati dengan teman,
tiada rakan, dipulaukan pula,
bila disayang guru, dikeji lawan,
bila berjaya, aku tetap dikata.

ketika aku mulai dewasa,
hati mula merindu kasih dan belaian manja.
bersama rakan yang baru kenal setahun dua,
diuliti si tampan bergaya berhati buaya,
lena hanyut di telan peredaran zaman semasa,
hidup tanpa sempadan, bebas ibarat tiada tuhan,
bagaikan takkan pernah mati, kekal muda selamanya.

namun tiba-tiba aku tersadung,
terhantuk di dinding kehidupan yang semakin merudum,
mana aku yang berjaya dulu?
kenapa hanya kegagalan yang sengih menungguku?
kenapa hanya duka dalam hidupku?
selalu ditinggal kekasih,
selalu rasa keluarga menyisih,
selalu rasa tuhan tidak kasih,
selalu tiada teman membimbing.

hiba, duka, malap, gelap..

nyah kau jahiliyah!
pergilah kau sejauhnya,
tiada lagi ruang utk kau datang dekat,
kaulah punca kesesatan ku kan?
nafsu dipandu syaitan dibantu kebodohan,
melemparkan aku jauh di lembah kegagalan,
terkapai aku menggagau sinaran,
manakan cahaya hinggap di hati yang penuh kemaksiatan.

hanya apabila kuasa tuhan datang menyelamatkan,
hanya apabila tuhan mengkehendaki,
si pendosa tegar masuk ke syurga,
si alim yang khusyuk masuk neraka,
dan sang aku yang telah lama lena,
pengsan dengan kesakitan dunia,
telah bangkit megah, berjihad penuh semangat,
demi utk menyelamatkan jiwa,
jiwa baru yang dianugerahi tuhan,
dari godaan sekarang, 
dari ingatan yang mendatang,
dari angan yang menyimpang,
moga Allah tetap akan sayang,
hingga tamat perjalanan kehidupan,
menuju ke destinasi yang panjang...


Saturday, February 18, 2012

cara-cara kawal menguap

salam alaik..

heee.. sape ada cara? terutamanya time solat. baru pakai telekung dah nguap. dahsyat tol kan?

kome kalo nguap takdenye comey ghope baby ni.. keh3

ok.. ni khas utk SOLAT. cara-cara penyediaan:

  1. sebelum pergi wudhuk, sematkan dalam hati nak solat, nak mengadap Sultan kepada sultan, nak menghadap Si Dia yang menciptakan diri ini.
  2. sebelum takbiratul, baca surah An-Nas (cari tafsirnya yer)
  3. ok, sila fokus time solat.  bila mula hilang fokus, maka bermulalah sesi menguap atau bersin atau nak terkentut atau gatal kat tempat yang susah utk digaru. hukhuk T_T
  4. if bgn utk solat subuh, make sure bangun awal sket and wat senaman ringan. (selalunye if nak sangat tido balik pas subuh, memang laa takdenye nak senam dulu kan. huhu)

kemudian, bila mula nak menguap je, cubalah perkara-perkara di bawah. tak perlu buat semuanya sekaligus yer. pengsan lak kang, batal solat terus. hoho
  1. berhenti dari membaca bacaan solat sebentar (ni mesti kena buat dulu sblm cara lain)
  2. tarik nafas dalam-dalam
  3.  ingat semula niat tadi nak solat utk Allah. (Allah tak rugi bila kita solat main-main, kita yang rugi sendiri kan?)
  4. tahan nafas jap
  5. bayangkan kita nampak orang kecintaan kita depan mata, nak ke nguap dgn tak malunya depannya, apatah lg depanNya?
  6. pejam mata dlm solat mmg tak digalakkan tp kadang-kadang ia buat kita lebih khusyuk.

hmm setakat ni, tu je la kot. apa-apa pun, kuncinya adalah khusyuk. if dapat sampai mengalir air mata, ada ke menguap lagi (kecuali ngantuk benor dah la). so, jgn solat lewat-lewat yer munie, lagi-lagi waktu isyak & solat subuh. 


well, nape kita kena kawal nguap? sebab syaitan laaa.. ape lagi. dia tak nak kita khusyuk. sabda Rasul,

"Nabi SAW melarang menguap dalam solat dan baginda bersabda: Hendaklah ia menahan dengan tangannya pada mulutnya kerana syaitan mentertawakannya."
(HR. Al-Hakim, At-Tirmidzi)


wokeh. good night y'all~! sapa lum solat, pegi semayang cepat. :)

Wednesday, February 8, 2012

salam alaik.

tak puas dengan update 1 entry sahaja, semata. ;) february, ada ulang tahun kelahiran baginda rasul s.a.w., ada ulang tahun kelahiran ibu, sebelum tu tahun baru, tahun baru cina dan hari isterimewah iaitu valentine's day. ohoho. maka penuhlah movies dan program tv di astro mahupun di panggung dengan filem-filem cinta. <3 best kan tengok love stories? heeee.. =3

pernah bercinta kan? tipu tak pernah... :p sape yang tak pernah bercinta, kesian kat awak. pegilah adopt kucing kat mana-mana cafe or market ye sebagai permulaan. cintakan haiwan. ;) pernah terbaca karya penulis hebat di malaysia, perasaan cinta yang kita nak sebenarnya bukan pada orangnya tetapi pada perasaan cinta itu sendiri. 

saya sayang kucing yang sayangkan saya :p

jadi saya fikir, 'ohh mungkin sebab tu la, even kena kawen paksa pun, cinta tu masih boleh datang kemudian'. hmm.. so i've been thinking, 'boleh la aku kawen paksa yek?' ahaha.. takde sape paksa aku kawen sebenarnya, cuma aku je yg rasa yg aku perlu paksa diri aku utk kawen. aiyaa.. nape tetibe kuar soal aku yg kena kawen?

hmm.. bersabarlah wahai hati. bercinta dengan kucing memang tak dapat nak kemana.. bercinta ngan manusia pulak, asyik berlari entah kemana pulak. maka bila bercinta dengan Allah (which is aku sendiri baru nak berkenalan dengan Kekasih ni), pergi kemana pun aku, cintaNya tetap mengiri aku. segan kan? uhukhuk.

bukan takde modal, tapi perasaan cinta dan rindu pada bakal suami yang aku tak pernah jumpa dan tak pernah kenal sedang melarat sejak-sejak ni. tapi takkan nak bagitau pulak kat readers kan? eh. dah terbagitau?? :D 

hee mane ade la. *muni tipu!* 

kan dan nak sambung belajar, maka kenalah rajin dari rumah lagi. lebih-lebih lagi inilah peluang terakhir nak duk rumah rilek-rilek buat jangka masa 3 tahun akan datang. uhukhuk. selamat tinggal kemalasan. selamat datang kerajinan. selamat tinggal cinta degree. selamat datang cinta master/phd. keh3. itulah sebenornye. *tipu lagi weh!* sy cintakan suasana rumah dan perasaan malas rilek kat umah sedangkan tak patut ada bagi mana-mana gadis apatah lagi bila teringin nak bersuami. *cerita kawen lagi?* 

p.s. pada readers semua, selamat malam. sebelum tidur, call la Dia sekejap.. then, sms la kekasih kita tu. birthday baginda aritu, bagi hadiah tak? :)

::friends::